Perbendaharaan kata Singgeris

Singgeris ialah bahasa kreol atau patois (semacam istilah dari bahasa Perancis Kuno) yang berasaskan dari bahasa Inggeris British yang dituturkan dalam aktiviti sehari-hari di Singapura. Bahasa Inggeris ialah salah satu bahasa rasmi di Singapura diguna pakai berpadan dengan bahasa Melayu (yang juga merupakan Bahasa Kebangsaan), Mandarin, dan Tamil.[1] Walaupun bahasa Inggeris ialah bahasa leksifier, Singgeris mempunyai slanga dan sintaksnya yang agak unik, dan lebih jelas diucapkan dalam percakapan tidak formal. Singgeris mencampurkan perbendaharaan kata dari bahasa Inggeris, Hokkien, Kantonis, Melayu, dan Tamil, dan kadangkala bahasa Cina yang lain juga seperti Teochew, Hainan, Hokkien, Hockchew, dan Mandarin.Seperti contoh, pek chekcode: cpe is deprecated memiliki maksud marah atau kecewa, dan berasal dari bahasa Hokkien Singapura, 迫促 (POJ: pek-chhek).[2] Singgeris digunakan dalam konteks percakapan biasa di antara warga Singapura, tetapi penggunaannya dielakkan dalam acara-acara rasmi. Meski merupakan lingua franca di Singapura, Singgeris dianggap kurang sopan. Bahasa Inggris yang dipertuturkan di Singapura dapat dikongsikan kepada dua subbahagian. Bahasa Inggeris Singapura Piawai (Standard Singapore English; SSE, loghat baku) dan Bahasa Inggeris Singapura Basahan (Colloquial Singapore English; CSE) atau Singgeris sebagaimana kebanyakan orang tempatan memanggilnya. Hubungan antara SSE dan Singlish dilihat sebagai diglosia, di mana SSE dihadkan bagi situasi formaliti berbeza dengan Singlish/CSE yang pada pelbagai keadaan lain.[3]Beberapa istilah dari Singgeris ada pula yang telah ditambahkan pada kamus Oxford English Dictionary (OED) sejak tahun 2000, termasuk wah, sabo, lepak, shiok dan hawker center ("pusat penjaja")[4] Pada tarikh 11 Februari 2015, kiasu dipilih sebagai Word of the Day OED.[5]